Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhkan adalah Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948 yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Medan.
Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (HPMI) yang juga berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia-Indonesia, tidak terdapar sebarang cacatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanahair.
Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI mengadakan kongres. Dalam kongres tersebut dipersetujui untuk HPMI menjadi PKPMI iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai Pusat. Manakala Yogyakarta adalah sebagai cawangan PKPMI.
Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa bagi membentuk beberapa buah cawangan PKPMI yang di antaranya cawangan Jakarta(18 Mei 1968),Yogyakarta(18 Mei 1968),Bogor (23 Mei 1968),Bandung (12 April 1969), Surabaya(10 November 1972), Bali(30 September 1986), dan Ujung Pandang (17 Oktober 1987).
Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1982, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini, semakin bertambah cawangan-cawangan PKPMI di seluruh Indonesia.
Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan Cawangan Medan (Mei 1982), Aceh (25 Disember 1985) dan Padang (25 Mac 1986). Dengan bertambahnya umur PKPMI, maka jumlah cawangan PKPMI turut bertambah. Cawangan-cawanghan PKPMI yang lain adalah Semarang,Malang,Manado,Ujung Pandang, Palembang, Pekanbaru, dan Jambi. Sehingga sekarang ini terdapat 16 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia.
Pada tahun penubuhannya, PKPMI telah diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4 Febuari 1969, persatua ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Jumaat, 2 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan