Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat mungkin asing bagi kebanyakan mahasiwa Malaysia jika dibandingkan dengan Pkpmi Cawangan. Sedikit berkenaan Pkpmi Pusat; untuk sesi 08-09 ia berpusat di Jakarta dan menaungi 13 cawangan Pkpmi seluruh Indonesia. PKPMI pusat akan beroperasi di tempat YDP Pusat dan akan berubah setiap tahun. Secara keseluruhannya peranan yang dimainkan lebih kepada menyelaras dan memantau setiap aktiviti pkpmi cawangan dan menjadi penghubung dengan JPMI (Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia). Pkpmi pusat tidak berperan secara langsung dalam menjalankan aktiviti di cawangan, tetapi ia bertanggungjawab untuk memudahkan urusan dan menyelesaikan masalah yang timbul di peringkat cawangan.
Setiap mahasiswa Malaysia yang ada di Indonesia menjadi tanggungjawab Pkpmi dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka sepanjang berada di Indonesia. Segala masalah terutamanya berkaitan dengan kebajikan dan birokrasi akan diberi perhatian untuk diselesaikan agar tidak mengganggu matlamat utama semua mahasiswa datang belajar di sini.
Persatuan ini hanya akan bermakna jika setiap yang ia lakukan mendatangkan manfaat kepada ahli terbanyak!. Oleh itu, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan setiap ahli pkpmi dapat manfaat secara langsung maupun tidak langsung. Sokongan dan penglibatan semua mahasiswa Malaysia di Indonesia kepada persatuan ini amatlah diharapkan agar ia benar-benar dapat bermanfaat kepada semua…..
Peranan PKPMI
Menjaga kebajikan mahasiswa.
Menjadi badan yang diiktiraf oleh JPMI untuk menyatupadukan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Indonesia.
Menjadi platform bagi mahasiswa untuk berpesatuan dan mencari nilai tambah dalam setiap
aktiviti yang diadakan.
Peranan Pkpmi Pusat
Sebagai penghubung dengan JPMI mahupun antar cawangan.
Membantu menyelesaikan dan memudahkan setiap masalah dan aktiviti yang dibuat oleh cawangan.
Peranan Pkpmi Cawangan
Menjalankan segala aktiviti di peringkat cawangan.
Terlibat secara langsung dengan ahli persatuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan